You are viewing adie68

Previous Entry | Next Entry

Kaedah Kualitatif


Dah buat ketetapan untuk kaedah penulisan? Kualitatif atau kuantitatif atau kedua-dua sekali iaitu kualitatif dan kuantitatif?

Dalam kuliah yang lepas Dr. S dah bagi penerangan tentang kaedah kajian secara kualitatif dan kuantitatif. Beliau turut menjelaskan perbezaan antara kedua-dua kaedah tersebut. Hari minggu yang lalu, saya membelek semula bahan-bahan kuliah semasa kursus sarjana muda dahulu. Banyak yang masih relevan untuk digunakan dalam kuliah sarjana ini. Antaranya tentang kaedah kajian kualitatif.
Menurut Strauss & Corbin (dalam Othman Lebar, 2007, hlm. 7), "secara umum penyelidikan kualitatif bermaksud sebarang penyelidikan yang menghasilkan dapatan yang bukan melalui prosedur statistik atau lain-lain bentuk pengiraan". Untuk menggunakan kaedah kualitatif, tema-tema yang terdapat dalam kaedah ini boleh dijadikan panduan. Tema-tema tersebut merupakan hasil perbincangan pakar-pakar penyelidikan kualitatif seperti Bogdan dan Biklen, 1982; Lincoln dan Guba, 1985; patton, 1990 dan Eisner, 1991 (dalam Othman Lebar, 2007, hlm. 10-11), iaitu:

a.  Penyelidikan kualitatif bermula dengan pandangan bahawa terdapat pelbagai cara yang berbeza dalam memahami dunia ini. Pandangan ini mementingkan bagaimana manusia memberi makna kepada aktiviti-aktiviti dalam kehidupan mereka. Memahami dunia sebagaimana yang difahami oleh subjek kajian bukan yang difahami oleh penyelidik.

b.  Penyelidikan kualitatif menekankan kepada pentingnya menjalankan kajian dalam latar yang sebenar dan semulajadi. Penyelidik cuba memerhati, menjelaskan dan mentafsir latar dalam keadaan yang sebenar. Tiada cubaan dibuat untuk memanipulasi situasi yang dikaji.

c.  Pentingnya memahami perspektif subjek kajian melalui pemahaman terhadap pendapat, pengalaman dan perasaan mereka secara menyeluruh dan holistik.

d.  Pendekatan induktif digunakan dalam pengumpulan dan analisis data. Konsep dan teori dijana daripada data yang dikumpul yang boelh membantu dalam memahami fenomena yang dikaji.

e.  Metod utama kajian ialah participant observation, yang menekankan pengumpulan data melalui pertemuan secara langsung dengan individu-individu melalui temu bual perseorangan atau berkumpulan dan pemerhatian.

f.  Penyelidikan kualitatif memberi tumpuan kepada ciri-ciri khusus dan keseluruhan kes dalam usaha mencari keunikan setiap kes yang dikaji.

g. Penyelidikan kualitatif mempunyai reka bentuk berkembang (emergent design) dan penyelidik memberi fokus kepada proses ini berkembang di samping hasil atau produk kajian.

Comments

Latest Month

April 2013
S M T W T F S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930    

http://blog layouts.com

Powered by LiveJournal.com
Designed by chasethestars